SUMBANGAN
Pada tahun 2015 Pihak Syarikat Hewlett Packard telah
memilih SJK (T) Ladang Chersonese sebagai anak angkat untuk program Titian
Kasih. Pada tahun permulaan program, pihak berkenaan telah memberikan sumbangan
hadiah kepada murid dalam bentuk alat tulis dan buku aktiviti.
Pihak HP telah menambahkan sumbangan pada tahun 2016
dengan pemberian dana berjumlah RM 15 000.00 untuk membeli peralatan ICT seperti
dua buah komputer dan mesin pencetak yang berjenama
terkenal, 30 alat pendengar ; perakam suara yang bersaiz besar dan kecil serta 10
buah meja yang berkualiti tinggi. Mereka mengadakan kelas komunikasi dalam dwibahasa
iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang dibimbing oleh fasilitator pakar
bahasa untuk meningkatkan tahap penguasaan komunikasi dalam kalangan murid.
Sumbangan mereka dalam mengadakan kelas tersebut bukan sahaja setakat itu
malahan pihak ini juga telah mengadakan kelas kemahiran ICT & kemahiran berfikir
selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang holistic
berlandaskan PPPM.
Pada tahun yang sama pihak HP juga menyumbangkan dana
berjumlah RM 15 000 bagi menaik taraf Bilik Sains di sekolah ini supaya murid
dapat diberi kehidupan pengalaman pembelajaran kehidupan harian dalam
pembelajaran mata pelajaran Sains. Mereka juga menganjurkan program lawatan
sambil belajar dan menyediakan pengangkutan untuk murid-murid ke pusat operasi
baharu syarikat HP yang terletak di Batu Kawan. Sumbangan ini diteruskan dengan
pemberian radas dan alatan Sains yang berjumlah RM 3000.00 kepada sekolah bagi
meningkatkan tahap kualiti PdPC Sains.
Educational, Welfare & Research Foundation atau lebih dikenali sebagai EWRF merupakan sebuah persatuan NGO yang telah memilih sekolah ini dalam mengadakan kelas komunikasi Bahasa Inggeris jangka pendek selama 20 minggu. Mereka telah membekalkan modul murid dan guru, kertas peperiksaan, bahan bantu belajar dan menanggung kos makanan peserta sepanjang program ini berlangsung.
Pihak syarikat Sime Darby memberi sumbangan berjumlah RM 200.00 setiap bulan bagi mengadakan program atau aktiviti PSS sekolah ini. Selain itu, mereka juga memberi akhbar Didik secara percuma kepada semua murid supaya murid-murid sekolah ini tidak ketinggalan dalam dunia arus pemodenan. Akhbar ini juga sangat membantu murid tahap 2 untuk mengulangkaji pelajaran terutamanya mata pelajaran peperiksaan.
9.1.2 KENANGAN MANIS
Pada tahun 2016 pihak Syarikat HP telah mengadakan Majlis
Perasmian pusat operasi syarikat HP Malaysia di Batu Kawan. Program tersebut
dihadiri oleh Duta Amerika ke Malaysia, Menteri Pelancongan, Ketua Menteri,
Pulau Pinang serta lima anggota CEO Syarikat HP dari luar negara. Jemputan
menghadiri ke majlis itu adalah menjadi suatu penghormatan kepada pihak
sekolah.
Pada majlis tesebut, satu-satunya persembahan tarian yang
menyerikan perasmian adalah persembahan daripada enam murid dari sekolah ini
telah menyerikan pentas dan telah disiarkan secara langsung ke lima buah negara
yang memiliki syarikat HP iaitu Singapura, Thailand, California dan Malaysia.
Penghormatan kepada sekolah ini diteruskan dengan menjemput seorang murid dari
SJK (T) Ladang Chersonese iaitu Tivashini a/p Segaran yang telah turut serta
dalam gimik perasmiaan iaitu dengan meletakkan tapak tangan pada plug perasmian
Syarikat baharu HP di Batu Kawan, Pulau Pinang. Plak berkenaan telah dipamerkan
di ruang utama Syarikat HP.
9.1.3 PROJEK MASA DEPAN
Sebagai projek masa depan, pihak HP telah berjanji untuk memberi
sumbangan buku aktiviti yang berjumlah RM 3000.00 kepada semua murid dan untuk mengadakan
kelas bimbingan matematik dengan bimbingan jurulatih pakar dalam bidang
tersebut.
9.1.4 HUBUNGAN DUA HALA
Dari segi hubungan dua hala, pihak HP Malaysia telah
menghantar maklumat kepentingan SJK (T) Ladang Chersonese ke Silicon, Waley di
California untuk memperluaskan kemahiran dan sumbangan daripada Syarikat HP
yang beroperasi di situ. Ini adalah projek terbesar HP Malaysia di Batu Kawan
dalam program anak angkat sekolah “Titian Kasih”.
9.2 YAYASAN PELAJARAN, KEBAJIKAN &
PENYELIDIKAN
Educational, Welfare & Research Foundation atau lebih dikenali sebagai EWRF merupakan sebuah persatuan NGO yang telah memilih sekolah ini dalam mengadakan kelas komunikasi Bahasa Inggeris jangka pendek selama 20 minggu. Mereka telah membekalkan modul murid dan guru, kertas peperiksaan, bahan bantu belajar dan menanggung kos makanan peserta sepanjang program ini berlangsung.
Sebagai penilaian kemahiran komunikasi peserta, mereka
juga mengendalikan pertandingan bahasa dengan tema English For Junior di
peringkat zon, negeri dan kebangsaan. Mereka juga menganjurkan program lawatan
sambil belajar ke Zoo, Taiping pada tahun yang sama sebagai pendedahan kepada
murid berkomunikasi tentang informasi kehidupan seharian mereka.
9.3 SYARIKAT SIME DARBY
Pihak syarikat Sime Darby memberi sumbangan berjumlah RM 200.00 setiap bulan bagi mengadakan program atau aktiviti PSS sekolah ini. Selain itu, mereka juga memberi akhbar Didik secara percuma kepada semua murid supaya murid-murid sekolah ini tidak ketinggalan dalam dunia arus pemodenan. Akhbar ini juga sangat membantu murid tahap 2 untuk mengulangkaji pelajaran terutamanya mata pelajaran peperiksaan.
9.4 BUDDHIST TZU CHI FOUNDATION
Pihak TZU CHI iaitu sebuah Persatuan Buddha telah memberi sumbangan berjumlah RM 350.00 kepada murid miskin di sekolah ini untuk pembelian peralatan - peralatan sekolah.
Pihak TZU CHI iaitu sebuah Persatuan Buddha telah memberi sumbangan berjumlah RM 350.00 kepada murid miskin di sekolah ini untuk pembelian peralatan - peralatan sekolah.
9.5 SYARIKAT MAKKAL OSAI
Makkal Osai iaitu sebuah syarikat penerbitan akhbar
harian Bahasa Tamil menyumbangkan akhbar Tamil khas edisi murid iaitu Thaimoli
kepada semua murid dan guru.
9.6 AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN
Pihak Agensi Antidadah Kebangsaan telah memberi sumbangan poster dan brosur antidadah kepada sekolah bagi memperluaskan informasi terkini tentang penyalahgunaan dadah dalam kalangan warga sekolah.
Pihak Agensi Antidadah Kebangsaan telah memberi sumbangan poster dan brosur antidadah kepada sekolah bagi memperluaskan informasi terkini tentang penyalahgunaan dadah dalam kalangan warga sekolah.
9.7 PERSATUAN PUSAT SUMBER SEKOLAH NEGERI PERAK
Persatuan Pusat Sumber Negeri Perak telah memberi
sumbangan sebanyak RM 3 000.00 untuk menaiktaraf Pusat Sumber Sekolah ke arah
pusat sumber sekolah yang berorentasikan kepada abad ke 21.
9.8 JABATAN PERLINDUNGAN
HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA
Pada 21 Mac 2017 pihak sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke
Pusat Konservasi Hidupan Liar (Burung Laut),
Kuala Gula. Pihak pusat pelawat telah mengadakan ceramah dan pameran kepada
semua warga sekolah bagi mendapatkan maklumat yang berinformasi tentang kepentingan
melindungi dan memelihara ekosistem paya bakau serta sejumlah besar spesies
burung-burung yang menetap disini dan juga burung-burung hijrah.
9.9 JABATAN BOMBA DAN
PENYELAMAT MALAYSIA
Pada 27 September 2016 pihak sekolah
telah mengadakan aktiviti latihan kebakaran dengan kerjasama pasukan bomba dan
penyelamat cawangan kuala kurau. Pasukan keselamatan bomba dan penyelamat telah
memberi demonstrasi latihan kebakaran dan taklimat mengenai kaedah yang
sistematik dalam menyelamatkan diri ketika berlaku kecemasan di rumah atau
sekolah serta langkah-langkah keselamatan yang patut diambil semasa kebakaran
di rumah atau sekolah.
9.10 JABATAN POLIS DIRAJA
MALAYSIA
Pada 17 Mac 2017 pihak sekolah telah
mengadakan program jom ke sekolah dengan kerjasama pihak pasukan polis cawangan
Kuala Kurau. Pegawai polis perhubungan sekolah yang dipertanggunjawab telah
memberi ceramah mengenai ciri – ciri,fungsi,
peranan SVG di sekolah dan kepentingan
mengadiri ke sekolah.
9.11 UNIVERSITI PENDIDIKAN
SULTAN IDRIS
Pada 20 Jun 2014, persatuan mahasiswa kebudayaan India UPSI
telah menganjurkan sebuah pertandingan menulis karangan pada peringkat
kebangsaan. Beberapa Negara turut menyertai dalam pertandingan ini dan murid
sekolah kita telah memenangi hadiah saguhati dalam pertandingan ini.
9.12 UNIVERSIRI SAINS
MALAYSIA
Pada 13 Ogos 2015 persatuan
mahasiswa fakulti Sains dan Matematik, USM telah menganjurkan sebuah program
yang bernama ‘SEE NATURE’ di Kuala Gula Sanctuary Resort. Seramai 14 murid dari tahap 2 telah menyertai dalam
program ini bagi menimba ilmu pegetahuan yang berkaitan flora dan fauna.