Penanaman pokok cili merupakan salah satu keistimewaan sekolah ini. Penghasilan tanaman cili merupakan inovasi yang tinggi dan memberi impak yang terbesar kepada seluruh warga sekolah. Hasil usaha padu dan kerjasama antara seluruh warga sekolah memberi kelihatan pokok cili yang subur dan menghasilkan cili yang segar. Kewujudan tanaman cili seluas lima ekar memberi hasil dapatan yang baik. Hasilan cili dijual di pasaran dan bayaran yang dikumpul telah disumbangkan kepada tabung dana PS Paavaanar. PS Paavaanar juga memberi sumbangan kepada pihak sekolah dalam melahirkan murid yang produktif mengikut kehendak negara iaitu usahawan yang mampu berdaya saing demi memajukan bangsa.
Kemahiran penaman diterapkan dalam diri murid melalui mata pelajaran kemahiran hidup. Tindakan ini menjadikan murid di sekolah ini memiliki salah satu kemahiran tambahan iaitu cara penanaman cili selain kemahiran yang mereka dapati sewaktu PdPC. Projek inovasi ini juga menanam sikap tanggungjawab murid dalam menjaga pokok cili yang telah ditanam oleh mereka sendiri. Mereka meluangkan masa lapang untuk menyiram pokok, menabur benih dan menyelia teliti dalam batas. Mereka juga merujuk buku-buku di perpustakaan di PS Paavaanar untuk memperolehi maklumat tentang cara menjaga tanaman dengan baik. Penghasilkan buku skrap berkaitan tanaman cili merupakan salah satu penilaian untuk menilai tahap pengetahuan dan kemahiran mereka terhadap projek ini.
Persekitaran sekolah ini dilukis dengan pelbagai jenis mural. Tujuan mural-mural ini adalah untuk menberi maklumat yang berinformatif kepada murid. Murid juga diberi sejenis alat pendengaran untuk menambahkan lagi maklumat tentang mural. Murid akan mendengar informasi tentang mural tersebut sambil melihat gambar secara turutan dengan memasang alat pendengaran ini. Tujuan inovatif ini adalah membolekan murid-murid menggunakan pancaindera secara optima bagi memperolehi maklumat dari sesuatu sumber. Mural yang berwarna-warni menjadikan murid berasa lebih seronok, yakin serta dapat menarik minat mereka untuk mempelajari informasi yang tertera. Informasi yang terdapat di setiap mural juga digunakan dalam kehidupan seharian mereka.
PROGRAM JATI DIRI BANGSA
Guru besar sekolah ini menghasilkan pelbagai bahan cetak seperti buku rujukan dan ilmiah. Kalender versi tradosinal India menrupakan antara kalendar pertama direka cipta dalam versi india. Ini merupakan sumbangan terbesar beliau kepada bangsa India. Hasil karya beliau diletakkan dalam ruangan buku rujukan di Pusat Sumbar Paavaanar untuk rujukan guru dan murid. Para guru menggunakan buku-buku ini untuk PdPC mereka. Pada murid juga mengunjungi perpustakaan untuk membaca buku-buku ini sebagai sumber tambahan bagi mendalami ilmu pengetahuan mereka tentang budaya India. Tindakan sebegini dapat menanam sikap ingin tahu di kalangan murid.
CHERSONESE GARDEN
Penghasilaan Chersonese Garden merupakan satu lagi usaha yang berinovatif PS Paavaanar. Chersonese Garden merupakan antara inovasi yang dihasilkan oleh pekerja-pekerja di sekolah ini dengan bantuan guru-guru yang sangat minat dalam kegiatan penanaman pokok. Tujuan Chersonese Garden ini adalah membolehkan murid-murid mempelajari jenis-jenis pokok herba serta kepentinganya dalam dunia perubatan tradisional. Ia juga memupuk nilai cinta akan alam semulajadi dan saling hormat-menghormati ciptaan tuhan di kalangan murid. Guru sains di sekolah ini kerap meluangkan masa sekurang-kurangnya lima minit bagi memberitahu kepentingan tumbuh-tumbuhan herba ini apabila setiap kali adanya PdPC tentang tumbuh-tumbuhan.
KIOSK PSS
Paavaanar telah mengambil inisiatif mewujudkan satu projek inovasi yang menjurus kepada salah satu konsep pembelajaran abad ke-21 bagi memenuhi program pembestarian PS dengan mendirikan Kiosk PSS. Penempatan KIOSK di kantin membolehkan para murid menggunakan chrome book pada waktu masa lapang. Keberkesanan kiosk dapat dilihat melalui sikap murid-murid yang suka mencari maklumat pada ‘Google Search’ dengan bantuan daripada guru dan membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru selepas waktu sekolah.
BULLET LIBRARY
Penghasilan Bullet Library merupakan antara inovasi yang ketara digunakan oleh murid-murid di sekolah ini. Keberadaan lima ruangan dalam kelengkapan ini membolehkan para pengawas pusat sumber sekolah mudah meletakkan buku-buku mengikut pelbagai kategori dam pantas membawa ke kantin untuk mengedarkan kepada murid-murid. Bullet Library ini selalunya beroperasi penuh sewaktu guru-guru bermesyuarat di PSS. Pengawas pusat sumber sekolah bertindak pantas dalam mempercepatkan pengedaran buku kepada murid dengan adanya Bullet Library ini.
TALLENT PARK
Pentas bercerita merupakan satu lagi usaha PS Paavaanar kearah mencungkil bakat murid-murid dengan penuh kritis dan kreatif. Pentas ini merupakan satu platfom bagi murid-murid menyampaikan pelbagai persembahan dengan penuh keyakinan. Mereka ditanam dengsan sifat keyakinan diri serta bakat yang bernas apabila berdiri diatas pentas ini. Pentas ini juga dijadikan sebagai pentas serbaguna dimana murid-murid akan dibawa masuk ke sini untuk PdPC semasa melaksanakan latihan pengayaaan dan melatih murid untuk pertandingan.
Digital E-Book
Hasrat kerajaan dalam melahirkan murid yang berkemahiran ICT dapat dicapai dengan adanya inovasi digital e-book dalam setiap chrome book. Penggunaan digital e-book seperti e-kamus, e-story book dapat membantu murid dalam mengakses maklumat tanpa bergantung kepada satu sumber sahaja. Mereka dapat mencari maklumat yang diperlukan dalam kemudahan digital ini dengan pantas dan percuma. Kemudahan ini juga membantu murid membaca serentak dan berkongsi bersama rakan. Ruang akses kendiri dalam PS Paavaanar berhidup dan berfungsi penuh dengan penggunaan digital e-book secara meluas.
STAMP & WIN
PS
Paavaanar juga tidak ketinggalan dalam menerapkan ICT sewaktu PdPC. Kegigihan dalam menghasilkan bahan pembelajaran multimedia interaktif membolehkan murid belajar secara sendiri tanpa bantuan guru. Ini secara tidak langsung dapat membentuk budaya pembelajaran yang berusaha mencari maklumat untuk mencapai sesuatu di kalangan murid. Para murid menggunakan multimedia interaktif ini sewaktu masa lapang mereka di ruang pembelajaran kendiri dalam bilik darjah. Mereka dapat mempelajari sesuatu kemahiran yang mereka beringin tahu bersama rakan sekelas. Mereka juga dapat menilai tahap penguasaan mereka dengan menjawab soalan-soalan yang ada dalam sesi penilaian. Sesi penilaian yang berbentuk permainan dapat menarik minat mereka dibandingkan dengan ederan kertas peperikaaan.
‘SCRATCH’ Program ‘Scratch’
adalah antara inovasi yang paling digemari oleh murid di sekolah ini. Inovasi ini adalah hasil usaha sama antara pihak HP dengan warga sekolah dengan bermatlamat bagi melahirkan warga murid yang berkreatif dan inovatif tinggi dalam mereka cipta alatan permainan mengikut cita rasa sendiri. Murid akan mengkodingkan elemen-elemen yang tersedia ada dalam aplikasi ini untuk mereka bentuk satu ruang permainan yang berkreatif tinggi. Buku-buku tentang penciptaan alat permainan dan kemahiran koding dalam Pusat Sumber Paavaanar menjadi sumber rujukan utama kepada murid untuk membina sistem dalam alat permainan ini selain bantuan guru-guru ICT.