SEJARAH PSS PAAVAANAR

SEJARAH PS PAAVAANAR

Pusat Sumber Paavaanar, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Chersonese, Kuala Kurau telah ditubuhkan pada tahun 1986. Di awal penubuhannya, PS Paavaanar ini hanya bersaiz sebuah bilik darjah, terletak di blok B. Tujuan utama penubuhannya adalah untuk membantu proses  pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berkesan.


Pada tahun 2016,  PS Paavaanar ini telah berpindah ke ruang yang lebih besar iaitu dari sebuah bilik darjah ke dua buah bilik darjah. Kesesuaian tempat, keselesaan pengguna, komitmen dan kerjasama serta sokongan daripada semua pihak telah menaikkan namanya ke mercu kejayaan. Pada tahun yang sama, Unit PSS dan Unit ICT telah bergabung dan telah diselaraskan di bawah pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Penggabungan ini telah memantapkan lagi fungsi dan penggunaan PSS sebagai satu medium penyaluran maklumat yang berkesan dan bervariasi.